Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Siapakah Ibu pada anak Ini...
wan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 107
Date:
Siapakah Ibu pada anak Ini...


 


Ini cerita aku dpt dari e-mail :


"Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur.
>> Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama
> yang
>> saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar
>> disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang
>> kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
>> "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
>> menyelak
>> daun
>> pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
>>
>> "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
>>
>> Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
>> 20
>> minit
>> kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
>> sepasang
>> suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
>>
>> "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
>> menghampiri
>> meja saya.
>>
>> "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
>> menepuk-nepuk perut.
>>
>> Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia
> meletakkan
>> bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih
> saya
>> bang, pakcik, kakak atau makcik?"
>>
>> Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar
>> masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa
> kagum
>> dan
>> kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak
>> langsung
>> tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
> enggan
>> membeli kuihnya.
>>
>> Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta.
>> Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama.
> Saya
>> buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
>> menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
>> menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
>> senyumannya.
>> Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
>>
>> "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik
>> Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali
>> lagi
>> dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
>> Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di
>> hati.
>> Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya
>> hulurkan padanya.
>>
>> "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata
>> ikhlas
>> kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang
>> tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki
>> lima
>> deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya
>> hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat
>> kanak-kanak
>> itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis
>> yang
>> buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula
> kereta,
>> memanggil kanak-kanak itu.
>>
>> "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
>>
>> "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi
>> adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
>>
>> "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
>> mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan
>> tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu
>> pulang,
>> sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja
>> orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
>>
>> Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
>> banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
>>
>> "Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah
>> saya kelu nak berkata.
>>
>> "RM25 saja bang."
>>
>> Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
>> hulurkan
>> RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia
>> sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru
>> saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita
>> berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya  beli
>> kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan
>> sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
>>
>> Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
>> saya, siapa kita sebenarnya!



-- Edited by wan at 09:27, 2005-08-18

__________________
--[ AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ]-- 30 ///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard