Hi kawan-kawan. Apa khabar? lama dah xdengar khabar dari kamu semua. Aku selalu juga buka website ni.. syahdu bila tengok ruangan history. teringat semula pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar suatu masa dahulu. teringat pengorbanan cikgu-cikgu yang mendidik kita menjadi insan yang berjaya. apapun aku tetap tidak lupakan cikgu-cikgu ni terutama sekali cikgu Ahyak (guru sains) klu tak silap. masih ingat lagi masa form 3, cikgu ahyak merupakan mentor aku. masa nak pindah sekolah, dia tak benarkan aku pindah tapi aku berkeras juga nak pindah. Begitu juga bila tengok bangunan lama sekolah ahmadi. nampak usang sahaja. kesian pada kita semua. tapi itulah yang menjadikan kita sedar bahawa kasih sayang dapat dipupuk dengan suasana persekolahan yang sebegitu..